Salted Egg Chicken Pasta Recipe


Assalamualaikum,

Siapa suka makan pasta? Sila angkat tangan 🙋 I really like pasta dishes, tapi kalau makan kat luar/restoran boleh tahan jugak harga dia. Kalau buat sendiri takde la murah sangat tapi boleh buat banyak, jadi boleh makan puas-puas 😆

Salted eggs pasta ni rasanya antara favorite pasta dishes kami kat rumah ni selain peperoncino. Addin sampai bertambah-tambah makan. Nak buatnya pun senang je. You know me, I like to cook simple stuff. Lagi simple lagi suka 😆

Resepi I share dekat bawah ni. Cuba la buat, tak rugi cuba sedap sedap sangat.

Salted Eggs Chicken Pasta Recipe;

serving: 2-3 orang makan

Bahan-bahan:


Antara bahan-bahan yang digunakan
  • 200 g pasta angel hair (apa-apa jenis pasta pun boleh, I guna angel hair sebab dia halus jadi tak cepat muak makan)
  • 1-2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2-3 biji cili padi (hiris, boleh tambah lagi kalau nak lebih pedas)
  • 100 ml whipping cream
  • 2 tbsp butter
  • 2 biji telur masin yang direbus dan dihancurkan (bahagian kuning sahaja)
  • 1 keping ayam boneless yang dipotong kiub (nak tukar kepada udang atau sotong pun boleh)
  • 5 biji cendawan butang (dihiris)
  • 3-5 helas daun kari
  • sedikit susu (dalam 1/2 cawan atau lebih, ikut nak pekat mana)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Rebuskan pasta dalam air yang ditambah garam sehingga masak (sila ikut arahan pada bungkusan pasta yang korang guna, jangan overcooked), angkat dan toskan.
  2. Gorengkan ayam menggunakan sedikit minyak (lebih kurang 1-2 tbsp), bila ayam setengah masak gorengkan sekali cendawan butang. Bila ayam dah masak, keluarkan dari kuali bersama cendawan tadi.
  3. Keluarkan lebihan minyak gorengan tadi dari kuali dan masukkan butter dan bawang putih. Tumis sehingga sedikit kekuningan kemudian masukkan telur masin. Gaul rata sehingga berbuih dan sebati.
  4. Masukkan cili padi dan daun kari, kemudian masukkan ayam dan cendawan yang digoreng tadi dan kacau sebati.
  5. Masukkan whipping cream, kemudian masukkan susu. Tambah garam dan lada hitam secukup rasa (kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lebih susu).
  6. Akhir sekali masukkan pasta yang telah direbus tadi. Gaul rata sehingga semua pasta disaluti kuah. Rasa sedikit dan tambah garam dan lada hitam lagi jika perlu.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Close up my salted egg chicken pasta 😋

Kalau tetiba ada orang nak datang rumah, boleh la masak ni. Sedap, senang, dan cepat. Tak sampai setengah jam dah siap masak 😎

Comments

Popular posts from this blog

Basque Burnt Cheesecake Recipe

Portuguese Egg Tart Recipe