Bread Pudding Recipe


Assalamualaikum,

Ada roti lebih yang dah nak expired atau nak buat dessert yang sedap tapi simple. Bread pudding is your answer 😆 Simple je nak buatnya tapi hasilnya memang memuaskan. Cuma campurkan semua bahan, bakar, dah siap. Dan kalau nak fancy lagi, kita boleh tambah apa-apa bahan tambahan yang kita suka supaya bread pudding tu tak la jadi hambar sangat.


Bread pudding with vanilla sauce untuk minum petang

Untuk basic bread pudding recipe, you just need bread, eggs, milk, sugar and salt. Tapi untuk mendapatkan bread pudding yang marvelous, bahan-bahan tambahan perlu la ditambah.




For my version of bread pudding, I added whipping cream and butter for creamy and buttery taste. I also using croissant bread instead of roti kosong biasa. You can also use roti Gardenia butterscotch dan kalau nak sihat sikit boleh guna roti Gardenia wholegrain. Selain tu, I belah croissant tu dan sapukan lagi dengan Nutella dan cream cheese. Please control banyak mana nak sapukan Nutella tu, jangan sapu banyak sangat nanti terlebih manis pulak bread pudding.


 Sebelah sapu Nutella dan sebelah lagi sapu cream cheese

Bread pudding ni memang dah moist (pastikan jangan overcooked la, nanti kering pulak dia) jadi kalau tak buat vanilla sauce pun dah ok. Tapi kalau buat lagi bertambah-tambah sedapnya dan memang takkan menyesal kalau buat vanilla sauce dia sekali. Tak susah sangat pun nak buat vanilla sauce ni. Hanya masukkan semua bahan-bahan dia dalam periuk, panaskan atas dapur, kacau sampai likat sikit, siap. Senang je kan, sementara tunggu bread pudding tu habis bakar boleh buat. Sekejap je, sebelum habis bakar dah siap.

Ok, habis dah modal nak membebel. Resepi bread pudding super sedap ada dekat bawah ni kalau nak cuba buat 😁

Bread Pudding Recipe;

Bahan-bahan:

  1. (Bread Pudding)
    • 5 roti croissant sederhana besar (boleh beli dekat Giant)
    • Nutella
    • Cream cheese
    • 200 ml whipping cream
    • 200 ml susu
    • 2 biji telur
    • 2 tbsp butter (dicairkan)
    • 1/3 cup gula
    • secubit cinnamon powder (boleh tambah lagi ikut citarasa sendiri)
    • 1 tsp vanilla essence
    • secubit garam
    • chocolate chips dan almonds slice (topping)
  2. (Vanilla sauce)
    • 1/2 cawan gula perang
    • 1 tbs tepung gandum
    • 1 biji telur
    • 2 tbs butter
    • 1 1/4 cawan susu
    • 1 tsp vanilla essence
    • secubit garam
Cara-cara:

Simplified steps in making the bread pudding
(A) Bread Pudding
  1. Panaskan oven 160
  2. Roti dibelah dua kemudian sapukan Nutella pada sebelah roti dan sebelah lagi sapukan cream cheese. kemudian cantumkan semula roti tersebut. Ulang untuk kesemua roti.
  3. Potong semua roti tadi menjadi kiub.
  4. Susun potongan roti tadi ke dalam loyang.
  5. Untuk buat kastard, whisk telur dan gula di dalam bekas. kemudian masukkan whipping cream, susu, essence vanilla, garam dan butter. Whisk kesemuanya sehingga sebati.
  6. Tuangkan rata campuran kastard tadi ke dalam loyang roti tadi. Tekan perlahan-lahan roti supaya kesemuanya terendam ke dalam kastard tadi dan biarkan selama 10-15 minit.
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar selama 15 minit. Selepas 15 minit, tanggalkan aluminium foil dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga bahagian atas bread pudding kelihatan sedikit kekuningan dan kastard telah agak kering.
  8. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
Bread pudding sebelum dibakar.

Bread pudding yang sudah dibakar dan sejuk sepenuhnya. Permukaan atas kelihatan kuning keemasan dan sedikit rangup manakala di bahagian dalam moist dan lembut.

(B) Vanilla Sauce
  1. Dalam periuk kecil, campurkan susu, telur, gula, garam, butter dan tepung. Panaskan di atas api sederhana dan kacau berterusan sehingga sos menjadi sedikit pekat atau sehingga sos menyelaputi belakang sudu bila dicelup ke dalam sos.
  2. Masukkan essence vanilla dan secubit cinnamon powder (optional) dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan sejukkan sebentar sebelum dihidangkan bersama bread pudding tadi.
Vanilla sauce yang smooth and silky. 

Senang je kan resepi dia. So apa lagi, pergi buat sekarang 😆



Comments

Popular posts from this blog

Basque Burnt Cheesecake Recipe

Portuguese Egg Tart Recipe

Salted Egg Chicken Pasta Recipe