Pengalaman shopping di Hermo


Assalamualaikum,

Selalunya korang beli skincare product atau makeup dekat mana? For me I usually go to Watson or Guardian. Tapi lepas I dapat tahu pasal shopping site Hermo, terus I jatuh cinta dengan shopping site ni 😍 

Hermo merupakan beauty online shopping site yang menjual skincare product dan makeup berjenama dari Barat, Korea, Jepun dan Taiwan. Hermo berpangkalan di Johor Bahru dan order akan dipos terus dari sana. Tapi, ada sesetengah product yang akan dipos dari luar negara. Untuk product yang dipos dari pangkalan, biasanya dalam dua ke lima hari untuk sampai ke rumah dan untuk barang yang dipos terus dari luar negara akan mengambil masa dalam seminggu ke dua minggu.

Online shopping di Hermo boleh dilakukan melalui website atau App. Hermo app free untuk di download. Tapi kalau tak nak download app, boleh je pegi website Hermo untuk shopping. Bawah ni link ke website Hermo.
↓↓↓↓

Source : Hermo.my

Untuk yang first time sign up, nanti akan dapat RM15 voucher. Lepas tu kalau beli lebih dari dua barang akan dapat penghantaran percuma. Tapi biasanya I memang akan beli lebih dari dua barang 😆 Dan kadang-kadang Hermo siap bagi free give sekali 😍 Tak perlu risau nak shopping di Hermo sebab barang dekat Hermo 100% authentic and harga lebih murah dari harga pasaran.

Pengalaman Shopping di Hermo

I usually shop at Hermo using their app and it was very convenient. The app ringkas dan mudah untuk digunakan, tak serabut. Dari memilih barang, membeli dan pembayaran sangat mudah dilakukan di Hermo app. Bila dah selesai pembayaran, I just need to wait for the my order to be process and delivered to me. Biasanya semuanya akan mengambil masa dalam dua ke lima hari bekerja. Hermo juga akan email kan tracking number untuk I track my parcel.


My Hermo Box

This is my latest purchase from Hermo. Ada masalah sikit dengan purchase kalini. Biasanya dalam dua ke tiga hari sampai dah, tapi this time lambat pulak. And by the time parcel sampai rumah, I dah balik kampung. Jadi parcel tu kena simpan dekat pejabat PosLaju. Tak sempat nak pegi ambik, parcel dah kena hantar balik pegi Hermo 😭. Jadi I email their customer service and tell them about my parcel. Thankfully they willing to pos balik to me free of charges 😌.

Product yang I beli kalini

I received my Hermo box in good condition. All the product inside the box was wrap nicely with bubble wrap. I even got freebies from them 😍 Antara barang-barang yang I beli kalini;


  • Laneige Love Potion BB Cushion Set
  • Hanaka Ice Cooling Cushion Sunscreen SPF50

InsyaAllah nanti I buat entry pasal barang-barang yang I beli ni ye. Seriously, memang dah lama nak beli Hanaka sunscreen ni sebab dia macam unik sikit. Luckily ada sale, I terus beli 😆 Hopefully ok, sebab review sunscreen ni macam ok je.


Freebies from Hermo 😍

Selepas dah beberapa kali guna service Hermo. All I can say is that I'm very satisfied with their services so far. They provide many choices of brand and product, cheaper than retails, authentic, and good customer services. I think this is my favorite online beauty shop so far 😎


Comments

Popular posts from this blog

Basque Burnt Cheesecake Recipe

Portuguese Egg Tart Recipe

Salted Egg Chicken Pasta Recipe